Perigi Mencari Timba

Andai anda seorang wanita yang sangat menyukai seorang lelaki, dan anda merasakan bahawa lelaki itu mampu menjamin kehidupan dan kebahagiaan anda kelak, tetapi anda takut atau kuatir untuk memulakan langkah pertama kerana risau digelar perigi mencari timba. Walhal, anda memulakan langkah tersebut untuk membina sebuah perhubungan yang halal antara lelaki dan perempuan kerana ianya dituntut dalam Islam

Tekanan
Istilah perigi mencari timba ini sebenarnya secara tidak langsung memberi tekanan kepada wanita-wanita yang agak berusia atau bekerjaya untuk mempunyai pasangan hidup. Mereka merasa malu untuk memulakan langkah pertama dalam menyatakan isi hati mereka kepada seseorang. Hal ini secara tidak langsung mendorong golongan ini untuk memilih menjadi anak dara sehingga ke akhirnya atau menjadi isteri muda. Relevankan istilah perigi mencari timba ini kerana setiap manusia tidak kiralah lelaki atau perempuan mempunyai hak untuk memilih sesiapa yang disukai atau disayanginya….

Drama/Filem
Selalu juga ditonjolkan dalam drama-drama atau filem-filem tentang persahabatan 2 sahabat karib, lelaki ( kita gelar dia sebagai A ) dan wanita ( kita gelar dia sebagai B ). Dalam perhubungan tersebut, A menganggap B adalah teman terbaiknya. Segala-galanya dikongsikan bersama B walaupun tentang perasaannya terhadap wanita lain. Tapi, lain pula halnya bagi B. Keakraban yang dibina sejak sekian lama telah memutikkan rasa cinta dihatinya terhadap A. Mahu bersikap jujur dan menyatakan isi hatinya terhadap B, terasa malu pula. Bimbang digelar perigi cari timba. Akhirnya B melepaskan A kepada wanita lain. Tanpa diketahuinya, A juga menyimpan satu rahsia dalam dirinya bahawa dia sebenarnya mencintai B. Berakhir kisah cinta rahsia antara dua hati ini.

Jadi wanita-wanita di luar sana, fikirkan dalam-dalam samada anda sanggup melepaskan seseorang yang anda cintai semata-mata risau digelar perigi mencari timba. Ia hanyalah istilah. Tiada yang menjilidkan di dalam undang-undang bahawa sekiranya kita menyatakan rasa hati kita kepada seorang lelaki, kita dianggap “muka tidak tahu malu”.Sifat malu perlu ada pada setiap wanita, tetapi tiada yang salah tentang menyatakan jika kita menyukai seseorang itu. Asal jangan melebih-lebih sehingga menjatuhkan maruah sendiri sahaja sudah. Tiada salahnya mencuba. Penolakan itu biasa, tapi penyesalan sekiranya tidak menyatakan isi hati adalah yang paling memeritkan

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama