Zaman sekarang ni memang tak dinafikan bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki.Sebab itu ramai wanita yang tidak mempunyai pasangan...betul ker?? o.O
Yang kat bawah ni antara sebab-sebab kenapa wanita ni single mengikut logik otak aku yang berterabur ni...kikiki
Paras Rupa
Yang ni paling penting sebabnya lelaki ni memang akan lihat paras rupa dulu kalau nak tackle. Kalau korang tak berapa nak comel, jangan nak berangan jadi orang pertama yang akan ditegur lelaki. Oppss, ni bukan menghina. Tapi semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. So, jangan rendah diri jikalau korang rasa diri tu tak berapa nak cun atau comel. Cantik, cun, comel ni sebenarnya subjektif. Ingat, setiap kita adalah unik !
Penampilan Diri
Sekiranya korang mempunyai paras rupa macam Nora Danish sekalipun tapi pakai baju yang selekeh, pakai baju macam nak tak nak je, asal lekat dibadan. Siapalah yang nak berkenalan dengan korang. Bagi aku la, walaupun seseorang perempuan ni tak berapa cantik tapi kalau bab dressing tip top, memang tak lari mata aku ni duk nengok dia je. So sebagai wanita feminin jagalah penampilan.
Tutur Bahasa dan Adab Sopan
Antara sebab utama yang perlu korang ambil berat. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya |termasuk aku la ni,kikiki...ayat mintak kaki| Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Zaman sekarang ada je perempuan yang cakap lepas,bahasa kasarnya mulut longkang. Lelaki mana yang tak ternganga bila dengar perempuan yang cakap macam tak da insurans. Saham perempuan macam ni memang jatuh merudum la..hehe, kalau nak pikat lelaki guna ayat yang ayu-ayu gitu
Tidak Yakin Pada Diri Sendiri
Perempuan yang masih single ni selalunya tak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa cakap? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dengan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri.Walau sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin dan walau sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana korang merupakan seorang yang hebat.
Serik Untuk Bercinta
Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan wanita serik untuk bercinta. Pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Siapa tak sedih bila putus cinta,kalau tak sedih maknanya korang memang takda perasaan. Jangan ingat, bila dah putus cinta bermakna tiada hari esok. Gagal bercinta hari ini tidak bermakna akan gagal becinta pada masa akan datang dan tidak berjumpa dengan “Mr Right” korang. Apa yang penting adalah jangan pernah putus asa dalam cinta. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar kita masih ada rasa syukur pada ketentuan Allah.
Adalah lebih indah sekiranya bercinta mengikut landasan islam
pnah dlu dgar pncramah bgthu, myb dah 2thun lpas kot, thun ni xthu la hu3..dia bgthu laki lbh ramai dr wnita..cuma rmai yg brada dlm pnjra dn pusat juvana..hu3 xthu la btol ke x..sy nk plih yg beragama, ble pntgkn agama..confirm semua ok =)
BalasPadambtul..mmg kne plih yg bragma,bru la blh bimbing kita,yedok?? kikiki
PadamKenapa hendak sedih bila putus cinta? Ramai lagi lelaki yang datang merisik cinta Ayuni...
BalasPadamsedih pada awalnya. Lepas tu kita kena move on
PadamHurm... kite pulak dah kawin... duit memang zero waktu tu... terpaksa depend duit parent sebab nak kawin gak... paras rupa so-so je... lepas tu each other berpenyakit... tapi alhamdulillah... bahagia :)
BalasPadamAlhamdulillah, moga kebahagian kekal ke akhir hayat =)
Padamjodoh petemuan ajal maut di tagan Nya kan... kita doa yg terbaik... mungkin juga wanita sekarag lebih memilih... ermmm.....
BalasPadammungkin juga ada yang macam tu, tapi bukan semua
Padam