Selamat Datang Tahun Baru 2015

Welcome 2015

Tahun 2014 banyak kejadian yang berlaku buat Malaysia dan juga diri aku sendiri. Tahun 2014 merupakan tahun yang banyak menguji kesabaran dan kecekalan hati, di mana berlakunya perpisahan, perpisahan sementara dan selamanya. Tidak dilupakan juga untuk pertemuan manis yang mencipta kenangan indah sepanjang tahun 2014. Orang kata yang lepas jangan dikenang. Ya, betul perkara buruk tidak perlu dikenang tapi perkara manis patut disimpan sebagai memori yang suatu hari nanti memori itu pasti dirindui.

Buat orang yang pernah menyakiti aku, terima kasih. Tanpa perbuatan kau mungkin aku tidak akan mengerti apa itu kesakitan dan kekecewaan. Terima kasih, sebab kau juga hati aku belajar bagaimana untuk menjadi kuat disaat masalah dan dugaan yang menimpa. Buat orang yang selalu berada disamping aku ketika jatuh dan bangun, terima kasih. Tanpa bantuan tangan, bahu, dan badan yang kau hulur, aku tidak mungkin bertahan sehingga hari ini.

Sempena tahun baru 2015 ini juga, aku ingin meminta maaf dengan rakan blogger sekalian sekiranya terdapat terguris hati tersilap kata melalui penulisan yang mungkin aku tidak sedar. Moga jalinan ukhwah melalui alam maya ini dapat dieratkan lagi ^_^. Kita tutup buku lama dan buka buku baru. Buku lama jangan dibuang, sebaiknya disimpan. Mungkin suatu hari nanti kita perlu membuka semula buku lama untuk meneliti diri dengan perubahan yang dialami. Moga tahun ini mencipta lebih banyak lagi kenangan dan memori indah untuk dijadikan alasan mengapa kita mesti kuat, sedar, dan senyum setiap hari. 



19 Ulasan

  1. semoga 2015 lebih baik. selamat tahun baru hajar :D

    BalasPadam
  2. Selamat tahun baru 2015 !! Hari page 1 mop lantai bilik...haha

    http://www.bakul2011.com/2015/01/jom-review-nuffnangers-1-januari.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. uihh..rajin tu, sebab tahun baru kan..hahaha

      Padam
  3. Selamat tahun baru :) Saya doakan kita semua bahagia, panjang umur dan murah rezeki...semoga tahun 2015 membawa lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan diri :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..moga doa akak dan kita semua termakbul

      Padam
  4. happy new yer :)
    semoga dimurahkan rezeki dan happy selalu hehe..

    BalasPadam
  5. selamat tahun baru.. =) opening new chapter kannn...

    BalasPadam
  6. Selamat tahun baru 2015..selesai follow kembali. .moga ukhwah terus utuh dan kukuh terjalin..

    BalasPadam
  7. Salam maulidur rasul juga ya

    BalasPadam
  8. Selamat Tahun Baru.. dah add kat facebook belum eh?

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama