Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang
Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut. Apabila seseorang itu berasa sunyi walaupun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.
Kehidupan yang tidak terurus
Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan. Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik. (tanda ini sesuai untuk lelaki kot)
Jiwa menjurus kepada lawan jantina
Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju apabila berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya 'ya' dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata. Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.
Hilang fokus apabila wujud lawan jantina
Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang.
Cemburu melihat kebahagiaan orang lain
Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah pada bahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering.
Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:-
Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu. - Hadith riwayat Abu Daud.
Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.
Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak
Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.
Jatuh cinta pada seseorang
Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka, tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.
Desakan hawa nafsu
Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.
Dorongan untuk melakukan hubungan intim
Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.
ALLAH berfirman:
...Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja... - Surah an-Nisa' : 3
Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.
tak dek lagi tanda tanda wajib berkawen. hehe ^^
BalasPadamiyeke takde..dalam banyak2 tu takkan satu pun tak kena kat diri sendiri, hihi
PadamBetul tu, kalau dah jatuh cinta pada seseorang tu baik la kawen je dari melakukan perkara tak senonoh nanti =)
BalasPadamGood sharing.. Salam perkenalan =)
betul tu, lagi cepat lagi bagus =)
Padamalhamdulillah sudah masuk tahun ke-13 berkahwin... :)
BalasPadamAlhamdulillah, moga kekal hingga hujung nyawa =)
Padammungkin dah ada beberapa tanda. tapi mungkin takut sgt dgn tanggungjawab kot T_T
BalasPadamdah terasa, tapi bukan jodoh... putus di tengah jalan :) but im a guy. they should be looking for me right now... hahahaha ( Gelak dalam tangis... )
BalasPadam