Agak terlewat rasanya untuk update mengenai Hari Bumi ( Earth Day) pada hari ini. Biarlah, entri ini dipublish tetap tarikh 22 April kan? Jadi bersesuaian lah. Sebenarnya idea Hari Bumi ini datang daripada pengasasnya, Gaylord Nelson, Senator US dari Wisconsin selepas menyaksikan kerosakan daripada tumpahan minyak besar-besaran di Santa Barbara, California pada tahun 1969. Sejak dari itu, beliau sedar bahawa satu kesedaran perlu ditanam dalam diri orang awam mengenai pencemaran udara dan air. Pada 22 April, 20 juta rakyat Amerika
turun ke taman-taman, dan auditorium
untuk menunjukkan persekitaran yang sihat dan mampan.
Sempena Hari Bumi, google menyediakan kuiz. Alah, kuiz ni untuk suka-suka je pun. Jangan ambil serius sangat lah. Kuiznya bertajuk "Which animal are you?" Aku binatang apa ya? Jawapannya tengok gambar di bawah. ^_^
Mantis Shrimp! Tak pernah dengar pun udang jenis ni. Haha. Mantis Shrimp bermaksud misteri dan cantik. Anda tidak takut untuk menggunakan kuku anda yang kuat untuk menyerang, menyebabkan pengsan dan mencerai-beraikan mangsa. Hati-hati dengan aku ya. -_-
Korang dah jawab?