Niqabis Yang Makin Pudar

niqabis

Saya percaya masih ada niqabis yg benar-benar beramal dengan maruahnya. Beramal dengan kalam 'tidak melihat dan dilihat'. Mungkin 1 dalam 1000 yang ada zaman kini. Pernah jadi ketegasan pendirian seorang niqabis mengelakkan wajahnya dilihat calon suaminya, dia cakap "Kalau benar kerana Allah, tidak perlu lihat foto dan berjumpa, anda rapat dengan abah saya, maka bagaimana rupa abah itulah anak-anaknya". MasyaAllah.

Lebih 10 tahun lalu, saya masih di madrasah. Masa tu saya sangat takutkan dan hormati niqabis. Kalau terserempak dua-dua akan patah balik. Golongan yang tersembunyi, golongan yang kitorang takut nak terserempak. Kawan-kawan cakap 'hantu zorro'. Tiba-tiba muncul dan tiba-tiba hilang. Macam tu la niqabis dulu-dulu. Sekarang dah mudah, bukak facebook, instagram dah bersepah. Cuci matalah si muslimin telinga tanduk. Yang belajar di pondok pun dah pandai selfie. Apatah lagi yang memfashionkan fesyen pakaian 'ketinggalan' zaman ni. Pakaian yang hanya dipakai golongan agama dulu-dulu. 

Orang moden mana nak pakai niqab ni, tiada class katanya. Wanita itu paling hampir dengan kemulian Nubuwwah. Yang membersihkan jalan para pejuang agama. Dalam rahimnya berpahala syuhada. Ditentukan syurga bawah kakinya. Dukacita sedih hatinya akan memilukan para malaikat. Kenapa memilih jalan yang menghancurkan maruah diri kalian? Kerana itu pakai kerana Allah dan sudah punya ilmu adab pada pakaian isteri Nabi ni.

Saya sebagai brothers dan melindungi kalian sisters memohon, jagalah maruah diri. Hijab anda tersembunyi. Setiap inci tubuh anda adalah fitnah bagi lelaki. Mutiara itu mahal, terhijab di balik cengkerang yang keras, yang tersembunyi di dalamnya bertahun-tahun, hanya mampu dijumpai mereka yang ahli mencari mutiara saja. Itulah hijab anda.

Yang jenis melentik mata, biru-biru mata, tapi pakai niqab, henti-henti lah. Orang alim sering pesan, kalau sesuatu yang membawa mudarat pada agama, hentikanlah. Kalau pakai lebih bawa pada mudarat dan dosa diri, maka bukalah. Niqab untuk orang yang pemalu, yang tak tahu malu kenapa pakai. Saya sudah menegur makanya tanggungjawab dakwah saya dah terlepas, sekarang pada diri anda sendiri pula.


sumber : facebook
link asal : tidak diketahui


p/s : Aku cuma 'panjangkan' lagi nasihat brother ni di blog aku. Moga jadi peringatan untuk kita semua.






1 Ulasan

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama