Tadi scroll facebook dan terjumpa benda yang agak menarik bagi aku. Jadi aku pun nak kongsilah disini untuk pengetahuan korang semua. Siapa sangka, hanya melihat jari, korang boleh tau apa penyakit yang korang hidap.
Asas 5 Jari
Asas 5 Jari
Jari telunjuk : Usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Ruas jari kehitaman
Lihat pada ruas jari-jari anda, kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
Tapak tangan berbintik
Cuba periksa tapak tangan, kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin. Yang suka marah-marah tu mungkin banyak angin dalam badan. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje, haha.
Tapak tangan berpeluh atau lembap
Masalah tapak tangan berpeluh atau lembab? Itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.
Perut ibu jari berwarna biru kehijauan
Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.
Urat biru atau hijau
Urat biru atau hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..
Jaring kelingking bengkok
Bagi seorang wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda ialah dengan melihat pada jari kelingking anda. Kalau jari kelingking anda meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim anda jatuh.
Bulan sabit berwarna putih di kuku jari
Cuba pulak tengok pada kuku setiap jari anda. Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang. Sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada kuku ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat. InsyaAllah.
Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas seeloknya berjumpa doktor dengan kadar segera untuk kepastian. Jangan dibiar lama-lama dan diselubungi keresahan, nanti penyakit lain pulak yang datang.
Walallahua'lam.
Walallahua'lam.