Sedar tak sedar dah masuk tiga hari kita berpuasa. Dah ada ke yang ponteng sebab tak larat sangat dah nak berpuasa? Hehe. Memiliki badan yang cergas dan bertenaga amat diperlukan ketika berpuasa supaya tidak menganggu kerja harian. Disini aku nak kongsikan tips yang mungkin dapat mengurangkan lesu dan lemau ketika bulan puasa.
1. Elakkan daripada tinggalkan sahur
Walaupun bersahur merupakan amalan sunat, namun ianya sangat digalakkan untuk diamalkan. Secara khususnya, di sepanjang tempoh kita berpuasa, sel-sel tubuh kita masih memerlukan gizi yang secukupnya supaya badan dapat kekal bertenaga dan membolehkan kita melakukan kerja di waktu siang. Oleh itu, pilihlah menu yang mengandungi makanan berserat dan berprotein tinggi, namun awas makanan yang manis dalam kuantiti yang banyak perlu dihindari.
2. Jangan menangguh waktu berbuka
Berbukalah dengan makanan berkarbohidrat sederhana yang dapat memberi semula tenaga. Amalkan juga pengambilan suplemen yang mampu memberi tenaga kepada tubuh badan kita.
3. Atur menu makanan
Amalkan makanan bergizi seimbang sama ada semasa bersahur mahupun berbuka. Walaupun dengan menu yang serba sederhana, yang penting 5 unsur gizi lengkap dipenuhi iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Untuk menghindari rasa lapar. Makanan yang diambil perlulah terdiri daripada makanan tinggi serat yang lazimnya terdapat pada sayur dan buah.
4. Hindari minuman sejuk dan kandungan gula tinggi
Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka kerana perut akan menjadi kembung akibat keadaan berasid di dalam perut yang 'terkejut' setelah seharian perut kosong. Sebaliknya biasakan berbuka dengan minuman suam dan air yang rendah kandungan gulanya. Berbukalah dengan kurma yang manis rasanya bagi menggantikan minuman manis.
5. Makan secara bertahap
Jangan terus makan sehingga kenyang ketika berbuka atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana seharian perut kita kosong dan organ pencernaan berada dalam keadaan rehat.
6. Lakukan senaman ringan
Bersenam mampu melancarkan peredaran darah. Walaupun berpuasa, tiada alasan untuk tidak melakukan senaman ringan dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Contoh senaman ringan yang boleh diamalkan termasuk regangan tubuh, berjalan dan sebagainya. Lakukan sejam atau 2 jam sebelum berbuka. Selain itu, solat terawih juga dianggap senaman yang bagus kerana gerakan rukuk dan sujud itu sendiri boleh membakar kalori.
7. Banyak minum air antara waktu selepas berbuka sehingga sahur
Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air di antara waktu berbuka sehingga bersahur bagi menggantikan kehilangan air ketika berpuasa di siang hari.
8. Jangan terus tidur setelah bersahur
Tubuh badan kita memerlukan waktu untuk mencerna makanan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, elakkan daripada terus tidur selepas bersahur bagi memberi laluan kepada proses ini untuk berlaku.
insyaAllah..dpt gaji nanti cergas shooping raya dorg ni
BalasPadamnice tips.. no 8 tu memang xbuat sbb terus pergi kerja.. slmt berpuasa buat hajar sekeluarga :)
BalasPadamAwalnya pergi kerja, hehe...selamat berpuasa jugak =)
PadamInfo yang sangat berguna di bulan ramadhan
BalasPadamPerkongsian bermanfaat untuk kita semua..
BalasPadamno 5 mcm susah ckit...haha
BalasPadamsama lah, agak susah nak ikut..haha
Padamsetuju dengan semua tips di atas.. kalau lemah longlai je berpuasa memang akan rasa satu hari tu panjang sangat...
BalasPadamtapi kalau cergas dan segar, sekejap je dah petang.... :)
wah!mcm susah je nak ikut..hihihi...
BalasPadamikut mana yang boleh je, haha
Padam