Resepi Biskut Dan Kuih Raya Popular

Resepi Biskut Dan Kuih Raya Popular | Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kaum wanita adalah orang yang paling sibuk rasanya bila menjelang aidilfitri, lebih-lebih lagi dah berpangkat ibu atau isteri. Mana tak sibuk, nak sediakan baju raya untuk anak-anak, nak kemas rumah tukar langsir semua, pikir nak hidang menu apa lah untuk tetamu, nak buat biskut raya lah. Haa, sibuk tu kan.

Kali ini aku nak kongsikan senarai resepi biskut dan kuih raya yang mungkin korang boleh cuba yang mana mudah dan berkenan dihati korang. Guna resepi ni pun boleh untuk buat bisnes kuih raya korang.

1. Red Velvet Chocolate Cips Cookies

Red Velvet Chocolate Cips Cookies

Resepi penuh disini - Red Velvet Chocolate Cips Cookies

2. Red Pearl Cookies

Red Pearl Cookies

Resepi penuh disini - Red Pearl Cookies

Red Velvet Chocolate Cips Cookies dan Red Pearl Cookies aku belum pernah cuba lagi. Red Velvet tu nampak macam sedap. Bagi penggemar red velvet boleh cuba biskut ni.

Bukan Sekadar Resipi

3. Cornflakes Madu

Cornflakes Madu

Resepi penuh disini - Cornflakes Madu

Resepi Cornflakes Madu sangat mudah dan ringkas. Budak-budak pun boleh buat. Bahan - bahan pun tak banyak yang diperlukan. Biskut ini adalah antara biskut raya kegemaran aku. Sekali ngap memang tak sedar 3 4 biskut lagi dah masuk mulut. 

4.  Biskut Lidah Kucing Rainbow

Biskut Lidah Kucing Rainbow

Resepi penuh disini - Biskut Lidah Kucing Rainbow

Tengok warnanya memang mudah menarik minat orang untuk merasanya. Sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia lembut dan rangup. Bila budak-budak makan biskut ni mungkin boleh lupa tentang duit raya. Hehe.

5. Tart Nenas Gulung

Tart Nenas Gulung

Resepi penuh disini - Tart Nenas Gulung

Zaman kecil-kecil dulu aku selalu tolong mak aku buat tart nenas gulung ni. Seingat aku takda la susah sangat nak buat tart nenas ni. Aku lebih sukakan tart nenas gulung daripada tart kelopak. Tak tau kenapa tapi tart nenas gulung ni lebih 'umphh' rasa dia. 

Nak pelbagai lagi jenis resepi tart boleh ke pautan ini -  Panduan Membuat Tart
.
Ok, senarai kat atas tu adalah antara biskut raya yang aku kena cari pada hari raya nanti. Kekeke. Setahun sekali je kita dapat merasa musim kuih raya ni, jadi kena mestilah kena cuba macam-macam jenis kuih. ^_-

Kalau nak dapatkan bermacam lagi resepi kek boleh ke pautan berikut - Pakej Resepi Kek









5 Ulasan

  1. Macam nk try lah biskut red valvet tuh..

    BalasPadam
  2. lidah kucing tu memang sekejap la habis kalau ada ni . hehee

    BalasPadam
  3. cik en reti buat cornflakes madu tu je.. ahahhaha

    BalasPadam
  4. Dalam banyak-banyak dalam list ni, red velvet tu memang menggiurkan :D

    Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    BalasPadam
  5. bskut rainbow warna tak secantik tuh la :( hehe dah try da..

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama