Sebelum ini mungkin ada yang pernah mendapat berita di laman sosial yang mengatakan penukaran MyKad akan dinaikkan harganya daripada RM10 kepada RM50 bermula 1 Oktober ini. Tetapi sebenarnya berita itu tak betul pun. Pihak JPN telah mengeluarkan kenyatan bahawa berita itu tidak benar.
Disebabkan berita viral itu, bapak aku paksa pergi tukar MyKad. Ikutkan hati malas juga nak pergi tapi apabila big bos dah bersuara terpaksa la rajinkan diri juga tukar.
Proses Penukaran MyKad
Pada minggu lepas, aku pergi JPN Kuala Terengganu untuk proses penukaran MyKad. Untuk proses ini, anda hanya perlu menyediakan RM10 dan MyKad sahaja. Aku sampai sana dalam pukul 9 lebih dan agak terkejut sebab ramai sangat orang walaupun masih awal. Aku syak ini disebabkan berita viral tu. Semua kalut nak tukar baru. Haha.
First sekali apabila sampai sana, kena ambil nombor giliran dulu, dan tunggu je lah nombor anda dipanggil. Kalau tiada apa-apa penukaran dalam MyKad tu hanya perlu ambil nombor, tapi kalau ada penukaran alamat kena isi borang dulu. Lepas tu baru boleh proceed yang seterusnya.
Bila sampai di kaunter, dia akan minta MyKad, duit RM10 dan scan ibu jari. Itu je. Nanti dia akan bagi resit bayaran. Resit bayaran tu mestilah disimpan dan ditunjukkan semasa proses kutipan MyKad apabila dah siap nanti.
Lepas settle di kaunter tu, kita diminta untuk tunggu seketika. Apabila nama dipanggil, baru boleh ke proses mengambil gambar. Ok, siap dah proses penukaran MyKad anda. Aku diminta mengambil MyKad pada keesokan harinya.
Walaupun ramai orang, proses penukaran MyKad agak cepat. Kakitangan di JPN Kuala Terengganu patut dipuji kerana menjalankan kerja dengan cepat dan masih mesra walaupun kena hadap ramai orang. Tahniah untuk anda semua. =)
isteri belum tukar lagi.. ari tu dah kena sound
BalasPadamKite pun tak g tukar lg mykad baru..malas nye nk g tukar..heee
BalasPadamTerima kasih atas info ni...orang kita suka sebar benda2 yg tak betul...ish..
BalasPadammudah jer naktukar sebenarnya...
BalasPadamtapi malas nak g..hehe
Tu lah, kalau tak kena paksa tak pergi juga ni..haha
Padamsalam hajar, kalau boleh tahu jpn tganu bukak tak sabtu, lama sgt dah tak pi sana
BalasPadamHari sabtu tutup sis, jumaat buka =)
Padamok tq hajar for the info :D
PadamBetul ke RM10 tu akan ditukar kepada amount yang diboleh gunakan dalam touch n go?
BalasPadamTak pasti, rasanya tak. Kalau nak touch n go kena topup MyKad dulu.
Padam