Rasanya ramai yang dah pernah atau penat berdiet tapi tiada hasil pun. Jika ini terjadi, anda perlu menilai semula cara diet yang diamalkan selama ini. Mungkin terdapat kesilapan dalam diet anda. Kesilapan berikut tidak akan membantu anda mengurangkan berat badan. Jadi pastikan anda tidak amalkan kesalahan berikut.
1. Skip hidangan
Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan adalah perkara pertama yang perlu dilakukan pada waktu pagi.
2. Cuma makan 3 hidangan sehari
Tiga hidangan tak mencukupi untuk mengawal nafsu makan dan tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5 kali sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain atau tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.
3. Makan tak cukup
Jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melaparkan diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau keperluan kalori harian (DCR) anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.
4. Elak nasi
Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. Ya, memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
5. Ikut diet membuta
Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet.
6. Harapkan makanan tambahan
Tiada masalah dengan mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan tetapi jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.
7. Tak tahu keperluan kalori diri
Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran atau average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran atau average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
8. Elak makanan tempatan
Saya sendiri pun makan di mamak hari-hari. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.

9. Terlalu fokus kepada satu perkara
Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan atau minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.

10. Diet jangka masa pendek
Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi itu salah. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi "diet" pun adalah "amalkan pemakanan". Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.

best tips ni sis, memang saya pernah baca makan 5x sehari lebih baik dan lebih membantu utk diet
BalasPadamsemoga lebih ramai dapat dibantu untuk kurus. amiin
BalasPadamGood sharing .. Btw.. Cikla singgah jalan jalan.... Good morning...
BalasPadamhu hu aida ni selalu skip sarapan :(
BalasPadamHaha. Sepesen dgn saya
Padamnasi boleh makan tapi segenggam je. terbaik info ni hajar
BalasPadamsetuju setuju..jangan diet membuta tuli. klu x sia sia je kan
BalasPadamNoted! Thanks 4 sharing :)
BalasPadamTerima kasih, artikel yg sangat bermanfaat. Saya cuba skip nasi, tapi bila teringin, makan juga (tapi dalam kuantiti lebih dari kebiasaan).. Huuu^^
BalasPadamRamai yang salah faham mengenai istilah DIET ni.
BalasPadamAlamak saya pun macam banyak lari dari diet plan ni
BalasPadamexercise tu penting. ramai yg harapkan pil shj
BalasPadamSekarang tengah belajar diet eat clean,makan nasi tapu dari sumber beras perang, lebihkan portion sayur dan protein
BalasPadamkesilapan paling kerap dilakukan adalah makan terlalu sikit sampai takde energy
BalasPadamnice sharing, banyak yang salah konsep diet sekarang
BalasPadam