Taman Tamadun Islam (TTI) River Cruise

Jika datang ke Kuala Terengganu, tak lengkap percutian kalau tak ke Taman Tamadun Islam (TTI). Taman Tamadun Islam terletak di Pulau Wan Man, yang merupakan sebuah pulau kecil di muara Sungai Terengganu. Disini korang boleh menaiki River Cruise, melawat Taman Monumen dan melihat keindahan Masjid Kristal yang merupakan tarikan utama.

Masjid Kristal

masjid kristal
Masjid Kristal
Masjid ini dianggap unik kerana ia merupakan masjid pertama yang dibina sepenuhnya dari keluli dan kaca. Hanya 2% sahaja dari kristal. Part mana kristal tu? Haa, yang tu korang kena tengok sendiri. Haha. Masjid ini dibuka dan dirasmikan pada 8 Februari 2008 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Sayangnya, ketika aku ke sana, masjidnya ditutup kepada orang ramai kerana dalam renovation. Jadi, cuma boleh bergambar diluar masjid sahaja la. Huhu.Oh ya, nak masuk ke masjid ni free sahaja.

Taman Monumen

Taman Monumen TTI
Antara monumen yang ada
Taman Monumen ini mempamerkan 22 monumen dari 21 negara di seluruh dunia. Monumen ini  merupakan mercu tanda penting yang menandakan kedatangan dan pembangunan dan Islam di negara-negara tersebut yang dibina dengan skala lebih kecil berbanding saiz asal.

Bayaran masuk
Dewasa : RM 24.10
Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM 17.80
Kanak-kanak (7-12 tahun) : RM 17.80
Kanak-kanak (6 tahun ke bawah) : Percuma

Harga tiket mungkin berubah mengikut peredaran waktu

Waktu operasi
Isnin, Rabu, Khamis : 10 pagi - 6 petang
Jumaat - Ahad, cuti sekolah dan sesetengah cuti umum : 9 pagi - 6 petang
Ditutup untuk solat Jumaat : 11.30 pagi - 2.30 petang

TTI River Cruise

TTI River Cruise
Tempat menunggu bot
Kalau korang jarang naik bot atau tak pernah langsung naik bot, dan ingin menikmati pemandangan yang menakjubkan di sekeliling pulau kecil, korang wajib mencuba TTI River Cruise. Sebenarnya banyak pakej yang disediakan, tapi aku memilih pakej yang paling mudah iaitu menaiki bot menyusuri muara Sungai Terengganu lebih kurang 40-45 minit masa perjalanan.

Harga tiket River Cruise Terengganu
Harga Tiket River Cruise
Harga tiket RM 24.10 untuk dewasa termasuk makan percuma. Nak naik bot ni ada sesi masa yang telah ditetapkan. Haritu aku pergi dapat sesi jam 4:30 petang. Sementara menunggu, aku isi perut dulu dengan menebus makanan percuma di Restoran B'Beteng yang cuma berada bersebelahannya. Korang boleh tebus satu hidangan sahaja tau, tak termasuk minuman. Nak minum kena bayar sendiri pulak. Haha

Waktu operasi
Isnin, Rabu, Khamis : 10 pagi - 6 petang
Jumaat - Ahad, cuti sekolah dan sesetengah cuti umum : 9 pagi - 6 petang
Ditutup untuk solat Jumaat : 11.30 pagi - 2.30 petang

Laluan River Cruise
Laluan River Cruise
Sepanjang 40-45 minit tu korang akan melalui 17 destinasi. Atas bot tu takde la lihat pemandangan semata-mata kerana ada staffnya atau pemandu pelancong yang akan menerangkan fakta dan sejarah tentang sesebuah tempat tu. Secara tak langsung, bertambah la sikit pengetahuan. Hehe.

TTI River Cruise
Pemandu pelancong atas bot
Pulau Mayat
Pulau Mayat
Pulau Mayat. Dengar nama macam seram kan. Pulau ini mendapat nama kerana suatu ketika dulu, pernah terjadi kejadian lemas di sungai tu, dan mayatnya di temui di pulau tersebut.

Pulau Hajjah Siah
Pualu Hajjah Siah
Dalam banyak-banyak tempat, Pulau Hajjah Siah ada cerita paling menarik. Menurut pemandu pelancong, atas pulau itu cuma satu keluarga sahaja yang tinggal, iaitu keluarga Hajjah Siah. Sebelum ini, pulau itu pernah didiami beberapa keluarga tapi cuma bertahan beberapa bulan sahaja. Yang masih bertahan pada ketika itu cuma keluarga Hajjah Siah dan suami. Sebab apa? Dikatakan Hajjah Siah seorang bomoh dan suaminya mahir dalam ilmu persilatan. Kiranya ilmu penuh didada lah. Aku tak ingat berapa hektar keluasan pulau tu tapi memang besar la dan ianya menjadi hak milik keluarga Hajjah Siah seorang.

Terengganu Drawbridge
Terengganu Drawbridge
Masjid Kristal
Masjid Kristal dari pandangan atas bot
Banyak lagi tempat menarik untuk diceritakan. Selebihnya korang kena dengar sendiri dengan menaiki River Cruise dan merasai pengalaman menyusuri Sungai Terengganu. Memang seronok kalau sekali-sekala bawa anak atau family bercuti ke tempat sebegini. 

Sebelum habis, jom layan video sekitar pemandangan Taman Tamadun Islam 😉

                 Sumber : Blog Faiz Channel









2 Ulasan

Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama