Pulau Perhentian Antara Pulau Wajib Dikunjungi

Pulau Perhentian antara destinasi pelancongan yang popular kat Malaysia. Dikenali sebagai syurga marin dan menjadi sebahagian daripada Taman Laut Negara Malaysia. Pulau Perhentian juga terkenal dengan kecantikan alam semula jadi seperti pantai yang putih bersih, air laut jernih membiru yang kaya dengan coral menarik, pelbagai jenis ikan serta hidupan laut.

Baru-baru ini aku berpeluang bercuti 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian Kecil. Aku decide nak ambil pakej terus sebab pergi time hujung minggu dan confirm la ramai orang. Kalau walk in dibuatnya chalet atau resort dah full, tak ke haru. Lagipun ini kali pertama datang sini. Jadi survey punya survey dapat la pakej yang sesuai di hati, RM 269 seorang untuk tiket bot pergi balik, penginapan dan snorkeling.

Tiba hari kejadian, aku bertolak dari Kota Bharu jam 7 pagi dengan menaiki kenderaan sendiri. Sampai di Jeti Kuala Besut lebih kurang sejam kemudian. Kalau naik flight, korang perlu turun dekat Airport Kota Bharu kerana lebih dekat dengan Jeti Kuala Besut berbanding Airport Kuala Terengganu. Kalau korang naik kereta sendiri, boleh parking kereta kat belakang Hotel Ain dengan bayaran RM 10 sehari. Tempat parking lain aku kurang pasti ada ke tidak.
Ain Hotel Besut
Ain Hotel

Dah selesai parking dan briefing semua, boleh tunggu bot kat Terminal Pelancongan, berhadapan dengan Hotel Ain. Dalam Terminal Pelancongan ni ada kedai makan dan kedai cenderahati. Nanti boleh beli ole-ole kat sini 😊 Sebelum nak masuk area tempat menuggu bot, korang perlu membayar cukai laut sebanyak RM 5 seorang dewasa.
Jeti Kuala Besut
Jeti Kuala Besut

Perjalanan menaiki bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Kecil memakan masa lebih kurang 40-45 minit. Yang mabuk laut kena makan ubat siap-siap sebab botnya memang laju dan rasa terhentak-hentak bila dilambung ombak kuat. Rasa bergegar perut 😵 Nasib aku bukan jenis mabuk laut. Haha.

Penginapan di Pulau Perhentian Kecil

Lepas sampai di Jeti Coral Bay, terus cari resort untuk check in. Aku menginap di Tivolli Inn. Resort ni agak ke dalam hutan sikit. Lepas turun dari jeti, korang perlu cari pintu gerbang Ombak Dive Resort. Korang masuk dalam tu, nanti akan ada signboard Long Beach. Korang ikut arah situ dan perlu mendaki bukit untuk sampai ke sana. Nak kata bukit tinggi sangat tu takde la, tapi disebabkan dah jalan jauh, bawa beg berat....memang menguji fizikal juga. Haha. Resort ni takde la mewah sangat, tapi cukup la setakat buat tidur dan rehat
Tivolli Inn Pulau Perhentian
Tivolli Inn

Kincir Angin Pulau Perhentian

Lepas check in, rehat kejap dan decide nak ke Windmill lepas Zohor tapi disebabkan hujan terpaksa drag sikit. Lebih kurang jam 2 lebih aku start keluar bilik. Dari Tivolli In nak ke Windmill, korang perlu cari Long Beach yang cuma 8 minit berjalan kaki. Kat Long Beach, korang kena cari Awatif Campsite. Haa, laluan hiking nak ke Windmill area situ la. Kalau tak jumpa sila la tanya orang-orang dekat situ. Hihi.
Windmill Pulau Perhentian
Trek ke Windmill

Ok, sekali lagi fizikal dan mental diuji. Nak sampai ke puncak Windmill lebih kurang 30 minit tapi dia punya track tak susah sangat pun. Dalam penat tu rasa berbaloi basah tiak sebab korang dapat lihat view laut yang cantik dari puncak 😂 Kat sini la nak bergambar banyak-banyak.
Puncak Windmill Pulau Perhentian
Puncak Windmill

Windmill Pulau Perhentian
Windmill

Kat sini takde aktiviti lain boleh buat selain bergambar dan menikmati panorama. Dah puas hati bergambar, kena berjalan lagi turun puncak. Semasa turun takde la penat macam hiking tadi. Lepas turun dari Windmill, hari pun masih cerah, aku lepak kat Long Beach kejap pekena ABJ. Kat sini la kena jaga mata sikit sebab ramai minah saleh berbikini. 😂
Air Batu Jagung Pulau Perhentian
Air Batu Jagung berharga RM5

Aktiviti di Long Beach

Pada waktu malam takde aktiviti nak buat, cuma keluar cari makan kat Long Beach. Korang jangan risau, sepanjang Long Beach memang banyak kedai makan cuma kena expect makanan kat sini agak mahal berbanding di darat. Tapi takpela, sekali-sekala je kan. Huhu. Sambil makan boleh menikmat angin pantai dan menonton pertunjukan api.
Long Beach Pulau Perhentian
Kedai Makan di Long Beach
Nasi Goreng RM 8
Pertunjukan Bunga Api Long Beach
Fireshow

Snorkeling Pulau Perhentian

Jam 11 pagi keesokannya, aktiviti yang wajib dilakukan kalau datang ke pulau. Snorkeling time! Ini merupakan kali pertama aku snorkeling. Memang la ada rasa takut sikit tapi kita cuba 😆 Kalau ikut dalam pakej yang aku ambil ada 5 point.

1. Fish point
2. Shark point
3. Fishermen Village
4. Turtle point
5. Lata Air Berani

Snorkeling Pulau Perhentian

First point, aku dibawa ke pantai, tapi aku tak tau nama pantai tu. Huhu. Kat sini macam tempat korang nak practice snorkeling la bagi beginner macam aku ni.

Practice kat situ dalam 20 minit, selepas itu, bergerak ke point yang ke-2, Fish Point. Kat sini korang boleh nampak Terumbu Karang dan pelbagai jenis ikan yang comel-comel. Seterusnya, aku dibawa ke Shark Point. Kat sini korang takde la nampak banyak shark macam korang nampak ikan kat point sebelum ni. Hari tu terjumpa seekor sahaja. Tu pun hanya sekilas. Haha. So, sebab shark takde, kejap jela berendam kat sini.
Kg Nelayan Pulau Perhentian
Kg Nelayan

Kemudian, Boatman membawa kami ke Fishermen Village atau Kg Nelayan untuk mengisi perut. Di Kg Nelayan ini merupakan satu-satunya penempatan yang ada kemudahan seperti klinik, masjid dan sekolah. Aku tak sempat nak pusing-pusing dikawasan ini memandangkan Boatman memberi masa selama 1 jam sahaja disini untuk makan.

Lepas kenyang, kami ke Turtle Point. Time ni nasib baik jumpa la juga walau seekor penyu. Haha. Kat sini pun tak singgah lama sebab semua orang tak nak turun ke dalam air. Mungkin sebab penyu tak meriah dan masing-masing pun dah penat.
Lata Air Berani Pulau Perhentian
Lata Air Berani

Ok, last point. Aku fikir point terakhir ni pergi ke Lata Air Berani tapi tak pergi pun.😒 Memang kecewa sebab realiti tak sama dengan iklan. Huhu. Dalam pakej Lata Air Berani termasuk dalam aktiviti. Untuk pengetahuan korang, yang unik di Lata Air Berani adalah terdapat sebuah kolam yang airnya tidak pernah kering sama sekali. Air tawar misteri ini menjadi tumpuan ramai orang untuk bermandi-manda kerana kesegaran yang dirasakan bila air yang sejuk bak ais ini terkena pada badan! Tak dapat aku merasa mandi kat sini. Tapi kat last point tu Boatman singgah kat pantai yang aku tak tahu nama. Jadi mandi kat situ jela.

Hari terakhir dah tiada aktiviti nak buat. Tiba masa untuk check out resort dan pulang ke darat. Ok, dah berakhir percutian 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian Kecil. Jikalau korang pergi 2 hari 1 malam pun dah ok sebenarnya. Tapi disebabkan aku rasa tak nak rushing sangat, jadi aku pergi selama 3 hari. Pulau Perhentian sesuai menjadi lokasi percutian idaman bagi sesiapa sahaja samada keluarga, kumpulan atau individu. Kalau korang dah biasa, boleh merancang percutian sendiri tanpa memerlukan pakej. 

3 Ulasan

  1. Subhanaallah cantiknya.. teringin nak sampai sini, in shaa allah one day kan :)

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama