ROKOK ELEKTRONIK


Salam semua !!!



Tetibe tergerak hati nak wat entry pasal ni ROKOK ELEKTRONIK tengok tu,tulisan siap warna pink lagi...maybe ada yang dah tau pasal bende ni..sekarang ni aku tengok makin men-jadi2 keglemeran rokok ni__orang cakap rokok ni boleh kurangkan pengambilan rokok sebenar....tapi ada jugak yang asal2nya tak hisap rokok tetibe sanggup beli rokok elektronik ni..macam2 dah~haha,suke hati la,duit diaorang kan..setakat yang aku tau ni rokok elektronik ni ada macam2 jenis,macam2 harga..80 ringgit ada..100 lebih pun ada

Rokok elektronik atau dalam bahasa omputihnya Electronic Nicotine Delivery Systems (ENDS) dipasarkan sebagai pengganti rokok dan didakwa telah menimbulkan bau dan asap.Bentuknya seperti batang rokok biasa tetapi tidak membakar daun tembakau seperti produk rokok konvensional, ENDS membakar cairan nikotin menggunakan bateri dan wapnya itu akan memasuki liang paru-paru perokok. Produk itu dipasarkan dengan banyak jenama diantaranya rokok elektronik, eciggaro, electro-smoke, green-cig dan smartsmoker. Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya. Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

"Secara purata kesan itu akan berlarutan selama 10 minit", kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna. Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya. Kira2 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu. Bagaimanapun buat masa ini kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual


Okehh..dah baca kat atas tu kan...so pandai2 korang la wat konklusi sendiri
thankz for reading..komen la ckit dor ^_^


3 تعليقات

  1. saya pun perokok jugak. tapi azam tahun ni nak stop merokok.. apapun nice entry. jangan lupa singgah bolg saya. follow n komen tau.

    http://hok-aloh91.blogspot.com/2013/01/penakut.html

    ردحذف
    الردود
    1. bgs la klu dah ad azam cenggitu..tp jgn taik2 aym suda =P

      حذف
  2. Simpati kepada perokok tegar...its good to have alternatif, tapi tulah rasanya effect dia mesti not that good especially bila compromise in terms of tahap keselamatan..doa kan semuanya selamat!!!

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم