Pengguna
bermaksud individu atau sesiapa yang menggunakan barang, perkhidmatan atau
sumber alam semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. Setiap
pengguna perlu menitikberatkan tentang haknya sebagai pengguna dan menjaga hak
tersebut agar tidak ditindas oleh pengeluar yang tidak melaksanakan
tanggungjawabnya dengan baik. Oleh disebabkan itu, sebagai pengguna kita
hendaklah sentiasa berwaspada dengan helah pengeluar yang berbagai corak supaya
tidak tergolong dalam pengguna yang cuai dan mudah ditipu.
Pengguna
sering ditipu menerusi :-
Penipuan harga
Antara
produk tiruan adalah kasut, jersi bola sepak,
beg, peralatan kosmetik, ubat-ubatan dan peralatan elektronik. Kita sendiri
sudah maklum barangan tiruan ini tidak mempunyai kualiti yang tinggi seperti
barangan tulen. Lebih – lebih lagi produk tiruan seperti ubat – ubatan atau
makanan yang akan membawa kesan yang buruk terhadap kesihatan. Paling berbahaya
ialah ada produk yang boleh membawa maut jika pengguna tidak peka terhadap
label pada bekas atau bahan digunakan.
Namun begitu, permintaan pengguna terhadap barangan tiruan
ini semakin berleluasa tanpa mengira faktor keselamatan dan kepentingan diri
kerana penyebab utama adalah harga barangan ini
murah dan mudah didapati walaupun berjenama. Pasar raya, pasar malam dan 'down
town' antara lokasi popular menjual barangan tiruan. Semua golongan ingin mengunakan baranagn
asli tetapi tidak mampu. Itulah penyebab bagaimana banyak barangan yang kita
pakai dicipta sebagai barangan tiruan.
Kesedaran mengenai bahaya dan akibat menggunakan barangan
tiruan masih di tahap rendah. Ia berikutan sikap tidak kisah pengguna itu
sendiri yang membuatkan mereka lebih selesa menggunakan barangan tidak
diiktiraf. Oleh itu, jadilah pengguna bijak yang mana mementingkan kualiti dan keselamatan produk biarpun
terpaksa membayar lebih namun kesannya berbaloi dengan apa dibayar.
kalo udah tertipu...... pegi balik tmepat tu.... last resort pegi ke TTPM.... Tribunal TUntutan Pengguna..... hak kite sebagei penggune kene kite pertahankan..... mane aci..penjuei asik nak untong jeeee
BalasPadamnice entry and useful )
BalasPadamnice 1 dear :)
BalasPadamproduk tiruan ni mmg byk kt psaran..yg pling bhya kalau adalah produk mkanan dn ksihtan..slap2 bleh mati, iklan pn byk mnipu skrg ni..hu3
BalasPadamjgn prcaya dkt iklan..hehe
Padam@Ara Afiq
BalasPadam@Pucat : thnks =)
sekali sekala layan barangan tiruan ok jugak..tp tgklah barangan itu cm mn..lau food jgnlahhh tu membahayakan kesihatan :)
BalasPadamTengok barangla kot... kadang2 xsemua brg tiruan xelok...
BalasPadamTp bab barangan eletrik or eletronik mmg pantan... Mesti beli yg Original... (^_^)