Barangan Tiruan dan Pengguna


Pengguna bermaksud individu atau sesiapa yang menggunakan barang, perkhidmatan atau sumber alam semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing. Setiap pengguna perlu menitikberatkan tentang haknya sebagai pengguna dan menjaga hak tersebut agar tidak ditindas oleh pengeluar yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Oleh disebabkan itu, sebagai pengguna kita hendaklah sentiasa berwaspada dengan helah pengeluar yang berbagai corak supaya tidak tergolong dalam pengguna yang cuai dan mudah ditipu.
Pengguna sering ditipu menerusi :-

          Aktiviti menyorok barang kawalan
          Penipuan harga
          Cetak rompak
           Produk tiruan


Antara produk tiruan adalah kasut, jersi bola sepak, beg, peralatan kosmetik, ubat-ubatan dan peralatan elektronik. Kita sendiri sudah maklum barangan tiruan ini tidak mempunyai kualiti yang tinggi seperti barangan tulen. Lebih – lebih lagi produk tiruan seperti ubat – ubatan atau makanan yang akan membawa kesan yang buruk terhadap kesihatan. Paling berbahaya ialah ada produk yang boleh membawa maut jika pengguna tidak peka terhadap label pada bekas atau bahan digunakan.
Namun begitu, permintaan pengguna terhadap barangan tiruan ini semakin berleluasa tanpa mengira faktor keselamatan dan kepentingan diri kerana penyebab utama adalah harga barangan ini murah dan mudah didapati walaupun berjenama. Pasar raya, pasar malam dan 'down town' antara lokasi popular menjual barangan tiruan. Semua golongan ingin mengunakan baranagn asli tetapi tidak mampu. Itulah penyebab bagaimana banyak barangan yang kita pakai dicipta sebagai barangan tiruan.
Kesedaran mengenai bahaya dan akibat menggunakan barangan tiruan masih di tahap rendah. Ia berikutan sikap tidak kisah pengguna itu sendiri yang membuatkan mereka lebih selesa menggunakan barangan tidak diiktiraf. Oleh itu, jadilah pengguna bijak yang mana  mementingkan kualiti dan keselamatan produk biarpun terpaksa membayar lebih namun kesannya berbaloi dengan apa dibayar.





8 تعليقات

  1. kalo udah tertipu...... pegi balik tmepat tu.... last resort pegi ke TTPM.... Tribunal TUntutan Pengguna..... hak kite sebagei penggune kene kite pertahankan..... mane aci..penjuei asik nak untong jeeee

    ردحذف
  2. produk tiruan ni mmg byk kt psaran..yg pling bhya kalau adalah produk mkanan dn ksihtan..slap2 bleh mati, iklan pn byk mnipu skrg ni..hu3

    ردحذف
  3. sekali sekala layan barangan tiruan ok jugak..tp tgklah barangan itu cm mn..lau food jgnlahhh tu membahayakan kesihatan :)

    ردحذف
  4. Tengok barangla kot... kadang2 xsemua brg tiruan xelok...
    Tp bab barangan eletrik or eletronik mmg pantan... Mesti beli yg Original... (^_^)

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم