Lelaki Manja

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan melembutkan jari-jari aku yang telah kematu + kejang + bla bla bla dan sewaktu dengannya. Finally aku timbul kat sini...haha,aah aku selalu tenggelam timbul kat sini...ade mood ade la aku kat sini....aku membebel dah lari dari tajuk

Seperti yang kita tahu lelaki memang diciptakan sebagai seorang yang kuat gagah perkasa kononya macam Mr Badang..huahua tapi bila lelaki dikatakan MANJA??? perempuan boleh terima ke? o.O Hmm...kalau orang tanya aku lah kan...boleh terima ke tak lelaki macam ni? and my answer is 'why not lelaki macam ni tak boleh diterima' jawapan poyo je kan . Bagi aku lelaki manja tak salah tapi bila laki manja ni perempuan mesti lagi manja..kan..kan..hahaha. Biasanya lelaki yang manja ni anak bongsu ataupun anak tunggal...eh eh nanti dulu, bukan anak bongsu atau anak tunggal je yang manja tapi anak sulong pun ada tau. Ini serius bukan auta. Daripada survey kilat yang aku buat 3/5 perempuan Lebih Memilih Lelaki Manja.

Hah..nak cakap apa lagi, bukan semua perempuan yang tak suka laki manja as long as manja dia tu masih boleh diterima, maksudnya manja yang tak terlalu menggedik..mungkin kan. Tapi manja lelaki bukan untuk semua orang.Manjanya mungkin untuk ibu dia atau gf dia. Dengan gf of cos la kan..hehehe, werrkkk =P Manja lelaki is Limited Edition.
Kenapa Perempuan Pilih Lelaki Manja
Konklusion yang mudah adalah lelaki manja ni dalam hati dia ada bunga-bunga rose, siap ada taman lagi kan. Oleh sebab tu diaorang ni lebih memahami dan mengambil berat pasal perempuan yang sememangya berjiwa sensitif. Perempuan mana kan yang tak cair bila lelaki tu ambil berat pasal dia..aku pun sama la sebab aku kan perempuan..hihihi. Mesti pernah dengar ayat "Perempuan akan jatuh hati pada lelaki yang mengambil berat pasal dia." Part ni rasa macam lari dari tajuk je...whatever la

4 تعليقات

  1. macam comel je dengar. tapi klu manja yg terlalu over pun tak best jugak kan. :)

    ردحذف
  2. Ambe xmnja kot..ha3, mmg ada lelaki mnja..tp tgok la mnja mcm mn pula =) pmpn yg suka lelaki penyayang bleh la kot cri lelaki mnja ni..mnja xpe..jgn lebih2 da la..org xsuka nnti..

    ردحذف
  3. mmg perempuan suka lelaki manja :) sakit hati maybe kalau dia melebihh .

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم