Assalamualaikum !
Bagaimana nak tahu dia adalah bukan jodoh kita? Mungkin setiap orang mempunyai cara yang berbeza. Tapi aku rasa jika kita berasa was-was untuk menerima seseorang itu, so jangan terima.
Orang kata kalau bab cinta ni fikir kena guna perasaan. Kalau perasaan kita suka, terima je. Tapi kat sini aku nak cakap kalau nak fikir tu pakailah akal tetapi berdasarkan apa yang perasaan kita rasa.
Cinta itu sebenarnya bukan sesuatu yang menyakitkan tetapi cinta itu satu kebahagian. Andai kata disaat ini korang adalah diantara insan yang terpilih untuk jatuh cinta maka bersyukurlah kerana memperoleh kebahagian melalui cinta. Seandainya pada saat ini korang sedang putus cinta, jangan terlalu sedih, jangan salahkan hati, jangan marahkan cinta tetapi bersyukurlah kerana korang sedang melepaskan orang yang salah. Ikhlas dan relakan. Mula-mula memang sakit nak melepaskan orang yang pernah ada di hati kita tapi kesakitan itu akan hilang seiring dengan peredaran masa yang sentiasa berjalan.
Jikalau Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita, walau berapa banyak perkara yang menghalang kita untuk mendapatkannya, kita tetap akan dapat. Tetapi jikalau Allah sudah takdirkan sesuatu itu bukan untuk kita, walau macam mana pun ada orang yang membantu untuk mendapatkannya, kita tetap tidak akan dapat. Setiap kejadian mesti ada sebab dan hikmahnya. Allah temukan kita dengan orang yang salah sebelum menemukan kita dengan orang yang tepat.
Walau apapun yang terjadi hidup perlu diteruskan. Jangan seksa diri dan hati jika gagal dalam percintaan. Bangun dan bangkitlah untuk orang yang lebih berhak terhadap diri kita. Dan jangan menganggap kegagalan sebelum ini sebagai satu perkara yang sia-sia kerana pengalaman dan kematangan seseorang diperoleh daripada kesakitan dan ujian yang dilalui.
Thanks for viewing..Adioss !!
setiap sesuatu pasti ada hikmahNya.
ردحذفhai jom join ramai2 ni giveaway kedua sya ada lbih 40 hadiah menanti anda!! jom rebut skarang peluang ntuk menang sangatlah cerahh!! beg korean style pun ada!
ردحذفhttp://artisarainbow.blogspot.com/2013/11/2nd-giveaway-by-artisarainbow.html
ada hikmahmyaa....
Bestnya baca entri ni. Tak rugi Ina baca :D Betul2 memotivasikan Ina :D Tq kak ♥
ردحذفJemput lah join GA Ina ; http://sebabakusabrina.blogspot.com/2013/11/end-year-giveaway-by-sabrina-sa-nur.html
Setiap yg berlaku ada hikmah Nya
ردحذفdoakan semoga dapat jodoh yang baik-baik. Amin
ردحذف