Tanda Dia Menolak Anda

Naluri ingin rapat dan mengenali seseorang adalah sangat biasa bagi seorang lelaki mahupun wanita.Apabila sudah mula kenal, korang ingin jauh lebih mendekati dirinya, kalau boleh ingin menyayangi serta ingin sentiasa berada disisinya. Dia nampak seperti menyenangi korang tetapi sebenarnya dia hanya menganggap korang tidak begitu istimewa di hatinya. Yang ni adalah tanda-tanda seseorang yang sebenarnya “menolak” pelawaan korang untuk menjadi pasangan. Menurut pendapat aku la.

Tak bagi respon bila korang call atau chat dia


Siapa yang tak seronok bila dia menelefon. Sekalipun hanya bertanya khabar ia sesuatu yang sangat membahagiakan. Tapi tatkala korang menelefon dan dia mengelak menjawabnya atau korang sms tapi dia tak membalasnya, ini petanda awal korang bukanlah istimewa sangat.

Tidak mahu jalin perhubungan terlalu rapat

Dari awal perkenalan korang ingin menjalin perhubungan yang lebih erat. Namun kalau dia sudah menolak korang awal-awal lagi dan memberitahu tidak mahu menjalin hubungan yang lebih serius, fahamlah sendiri maksudnya. Tapi walaupun dah bagitau awal-awal taknak terlibat dengan serious relay, ada jugak yang buat-buat tak faham dengan maksud tu, still jugak nak pikat.

Dia tidak memperkenalkan kawan-kawannya

Satu lagi petanda bahawa dia tidak berminat untuk meneruskan perhubungan dengan korang adalah apabila dia tidak pernah mahu memperkenalkan siapa kawan baiknya kepada korang. Dia mungkin boleh berbual atau berborak dengan korang tetapi dia tetap menyembunyikan kawan-kawannya dari korang.

Dia tolak pelawaan anda keluar

Ini mungkin perkara akhir yang perlu diambil perhatian. Setiap kali korang mengajaknya keluar, dia sengaja memberi pelbagai alasan asalkan tidak keluar dengan korang.


2 تعليقات

  1. Satu perkongsian yang berguna untuk kita ...
    Haa kalau ada tanda2 ni semua ..tu tandanya dia dah tak nak kat anda huhuhu..

    ردحذف
  2. perkongsian yang baik. tapi tak tahu berguna atau tak untuk saya yang dah bergelar abah :p

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم