Timun Laut ataupun gamat sememangnya telah diketahui khasiatnya. Bukan sahaja sebagai produk kesihatan malahan sebagai produk kecantikan. Gamat dipercayai telah diamalkan oleh Mahsuri di Langkawi untuk mengekalkan kecantikan wajah dan kekal muda.
Ok, baru-baru ini aku berpeluang pergi ke Langkawi dan salah satu tempat yang aku kunjungi adalah Nusantara Maju yang terletak di Kampung Bayas, Padang Matsirat. Bukan cuma minyak gamat tapi pelbagai produk kecantikan dan kesihatan dijual disini. Yang pastinya harganya pun murah-murah. Boleh beli secara borong. Seingat aku satu dozen minyak gamat berharga RM 10. So, alang-alang datang ke Pulau Langkawi, korang tak boleh melepaskan peluang untuk berkunjung ke Nusantara Maju.
Yang menariknya, disini disediakan tempat memasak gamat. Tempat memasak itu disediakan bagi menunjukkan demonstrasi membuat minyak gamat yang memang popular di Langkawi. Para pengunjung boleh membuktikan sendiri kehebatan gamat ini dengan cara mencelupkan tangan ke dalam kuali panas yang memasak gamat. Aku sendiri mencubanya dan hasilnya tangan aku takde apa-apa, tak melecur pun. Betapa hebatnya gamat ni kan?
Lagi satu yang istimewa di Nusantara Maju adalah replika botol minyak gamat. Menurut Encik Azam pemandu pelancong kami, replika tersebut merupakan replika botol minyak gamat yang terbesar didunia. Kalau berkunjung ke Nusantara Maju memang tak sah kalau tak bergambar dengan replika botol ni.
Khasiat gamat memang tak dapat dipertikaikan lagi. Kalau zaman nenek moyang dulu, gamat digunakan untuk menyembuhkan luka. Pada zaman sekarang ni bermacam-macam perkara boleh buat dengan menggunakan gamat.
Kalau nak tau dimana aku menginap sepanjang percutian ni boleh tengok < sini >
minyak gamak sedozen RM10 kalau kat sini rasenye dh jd RM30..
ردحذفhee pernah ke sini juga dulu :D
ردحذف