Assalamualaikum !
Salah satu lagi sejarah yang terkenal di Langkawi adalah Beras Terbakar yang terletak di Padang Matsirat. Tapak kawasan Beras Terbakar ini berdekatan dengan tempat penginapan aku, Inapan Gamat Asli. Sejarah Beras Terbakar ini adalah kesinambungan daripada cerita Mahsuri .
Sejarah Beras Terbakar
Selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri, Pulau Langkawi telah diserang oleh orang-orang Siam. Sebelum pertempuran itu berlaku, Datuk Pekerma Jaya dapat merasakan Pulau Langkawi akan tewas, Oleh itu, dia memerintahkan orang-orangnya menggali lubang untuk menanam beras supaya tidak jatuh ke tangan musuh. Ketewasan Datuk Pekerma Jaya mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri. Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar.
Sebelum korang masuk ke tapak kawasan Beras Terbakar, terlebih dahulu korang akan menemui kedai-kedai kecil di kiri dan kanan yang mana menjual pelbagai cederahati, kain batik atau pelikat dan pelbagai lagi.
Antara beberapa barangan yang dijual
Pernah ke sini dulu-dulu...
ردحذفOh baru tahu sejarah dia.. selama ni tak pernah tahu pun haha
ردحذفjadi beras terbakar ni sebenarnya apa? Boleh makan ke apa?
asalnya beras yang boleh dimakan..tapi dah terbakar nak makan mcm mana?
حذف