Langkawi memang sinonim dengan nama 'Pulau Legenda' lebih-lebih lagi legenda mengenai Mahsuri. Siapa yang tak tau mengenai lagenda Mahsuri kan. Seingat aku kat sekolah dulu pun belajar mengenai sejarah Mahsuri. Siapa Mahsuri ni? Ok kita recall balik sejarah.
Lagenda Mahsuri
Mahsuri adalah isteri kepada Wan Darus, adik lelaki tunggal Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya, Penghulu Langkawi pada masa itu. Sifat dan kejelitaan Mahsuri yang dikatakan luar biasa mengundang rasa iri hati Wan Mohora iaitu isteri Wan Yahya. Suatu hari, Mahsuri dituduh bermukah *berzina* dengan Deramang seorang penglipur lara. Ekoran tuduhan itu, Mahsuri dihukum bunuh. Sebelum ditikam Mahsuri berkata.
"Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Melihat Segalanya, aku redha akan matiku jika benar aku bersalah tapi jika benar aku dianiaya...ssesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini".
Selepas ditikam, darah putih yang mengalir dan membuktikan Mahsuri tidak bersalah. Mahsuri berkata lagi
"Kan aku dah cakap aku tidak bersalah. Disebabkan penganiayaan ini, aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!"
Macam tulah kisah Mahsuri yang diceritakan oleh pemandu pelancong semasa aku melawat Langkawi haritu. Sekarang ni tujuh keturunan tu dah tamat.
Ok, inilah sekitar luar Kota Mahsuri
Ni adalah Wan Aisyah Wan Nawawi. Keturunan ke-7 Mahsuri
Disebabkan masa yang tidak mengizinkan, aku tak berkesempatan nak masuk ke Kota Mahsuri. Aku melawat kat luar je. Dalam Kota Mahsuri korang boleh tengok makam Mahsuri, telaga Mahsuri dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan Mahsuri. Harga tiket untuk masuk ke dalam Kota Mahsuri adalah RM 10 untuk dewasa. Ni harga pada September 2014, untuk akan datang tak tau lah =)
lama tak pergi langkawi :D
ردحذف