Retargeting - Cara Tingkatkan Jualan Bisnes

Sekirannya anda menjalankan perniagaan sama ada online mahupun offline, anda perlu memastikan promosi dijalankan dalam pelbagai cara. Dalam perniagaan, bukan sahaja pengurusan kewangan tetapi pemasaran juga perlu diberi perhatian. Kalau produk dah bagus tapi pemasaran tak buat tak guna juga kerana tiada siapa yang akan kenal produk anda tanpa membuat membuat pemasaran. Penyelidikan mengatakan bahawa 96% perniagaan akan gagal tanpa melakukan promosi. 
Walaupun anda memiliki produk yang paling bagus tetapi jika anda gagal untuk menjualnya, maka anda tetap orang yang gagal.
                                                                                  -Donald Trump, Billionaire Amerika-
Jikalau dulu, teknik pemasaran mungkin agak terhad tetapi bukan lagi sekarang. Pada masa sekarang media sosial seperti facebook, blog dan instagram boleh menjadi platform untuk mempromosi bisnes dan produk anda. Tetapi ada juga peniaga yang sudah lakukan pelbagai promosi tetapi jualan bisnes tetap kurang memuaskan. Kenapa? Mungkin teknik promosi anda salah.

Ok, aku nak kongsi salah satu teknik pemasaran yang berkesan iaitu menggunakan teknik retargeting. Teknik ini telah digunakan oleh syarikat-syarikat besar seperti Lazada dan Zalora. 

Apa itu retargeting? 

Retargeting yang juga dikenali sebagai remarketing adalah kaedah yang terbaik untuk pastikan iklan anda akan dipaparkan semula khusus kepada prospek yang berpotensi sebaik sahaja mereka keluar daripada website atau page anda tanpa membeli. Iklan tersebut akan ikut mereka ke mana-mana dan berada di website-website lain mahupun di facebook wall.

Tadi aku telah masuk ke website Zalora untuk melihat kasut. Hanya melihat, belum beli lagi. Haha. Selepas keluar dari website, iklan kasut itu sentiasa mengikut aku ke mana saja.

Instant Retargeter 
Iklan di facebook

Instant Retargeter
Website yang selalu aku singgah

Nampak? Iklan itu selalu 'menghantui' aku. Itulah kelebihan menggunakan pemasaran retargeting.

Cara Membuat Retargeting

Untuk membuat retargeting anda perlu meletakkan kod khas yang dinamakan kod 'Tracking Pixel' ke dalam website milik anda bagi memperoleh data akses cookies. Kod ini boleh diperoleh dari aplikasi Facebook Retargeting website traffic atau servis retargeting lain. Anda perlu memasukkan sendiri kod itu ke dalam html kod milik website anda. 

Dengar macam rumit je. Ya, memang rumit jika anda tiada pengetahuan dalam coding dan programming. Tetapi sekarang ini anda tidak perlu risau. Walaupun anda tiada pengetahuan dalam bidang IT, anda juga boleh melakukan teknik retargeting ini dengan menggunakan Software Instant Retargeter. Software ini lebih mudah dan boleh meningkatkan jualan bisnes anda dengan berkesan.

Untuk maklumat lanjut dan dapatkan software itu boleh ke sini -> Instant Retargeter - Gandakan Jualan Bisnes



2 تعليقات

إرسال تعليق
أحدث أقدم