Alhamdulillah, bulan ini dapat awal pulak komisen dari Ashadee ni. Biasanya hujung bulan baru dapat jualan komisen dari produk yang aku promosikan.
Banyak cara buat duit online yang anda boleh buat melalui blog. Selain dari affiliate, advertorial dan meletakkan banner pengiklanan juga dapat memberikan pendapatan yang lumayan kepada anda. Bukan cuma melalui blog anda boleh buat duit online tetapi hanya dengan menggunakan instagram, anda juga mampu menjana pendapatan yang lumayan. Macam mana caranya? Anda boleh baca panduan ini - Buat Duit Dengan Instagram
Mungkin ada yang kata, "Saya berblogging kerana minat, bukan kerana duit". Sesiapa yang berblogging tanpa mendapatkan income, anda sebenarnya tergolong dalam kalangan orang yang rugi. Maaf dengan apa yang aku katakan ini tetapi apa salahnya jadikan hobi dan minat anda itu sebagai pendapatan sampingan.
Eh, aku cakap lebih-lebih ni macam dah buat duit beribu riban dari blog kan. Haha. Takde la, duit hasil daripada blog baru beberapa sen je aku dapat. Bila dah nampak peluang yang ada ini, aku pun nak juga memotivasikan blogger lain yang tak pernah dapat hasil dari blog. Peluang untuk anda sebagai blogger buat duit online terbuka luas, antara nak dengan tak nak je.
Bestnya kak...tapi xtahu nak mula.hehe
ردحذفMotivational blog post. Rezeki ada di mana-mana! Kita ada instagram just for business. Hehe
ردحذفwah besnye..semga trus sukses sis..:)
ردحذفAlhamdulillah rezeki..betul tu dimana ada kemahuan disitu ada jalan
ردحذفtahniah.
ردحذفbukan senang tu nak dapat.
Dah dapat ni, lagi senang nak dapat komisen lagi.