Semakin hari aku lihat makin ramai yang menggunakan Ephyra Skin Bar ini. Ada yang dari pengguna terus menjadi pengedar. Ini disebabkan oleh keberkesanan produk ini yang telah membantu lelaki dan wanita yang mengalami masalah kulit. Aku pun turut berpeluang menjadi salah seorang pengguna produk yang diminati ramai ini. Apa pendapat aku selepas menggunakan produk ini? Baca entri ini hingga ke bawah. =)
Masalah kulit yang dihadapi
Masalah yang aku nak tekankan disini adalah mengenai jerawat memandangkan kebelakangan ini jerawat makin lama makin banyak pula naik di wajah aku. Sampaikan ayah aku yang tak pernah ambil port pasal kecantikan perempuan pun tegur mengenai jerawat yang makin banyak di wajah aku. Keadaan ini memang merunsingkan diri aku sebagai seorang remaja. Aku dah guna bermacam produk untuk menyelesaikan masalah ini namun jerawat tu seolah-olah dah kebal dengan semua produk itu.
Selain dari jerawat yang menjadi musuh utama aku setakat ini, parut jerawat dan liang pori yang besar juga menyebabkan kulit muka aku kurang cantik bila dipandang. Hehe. Bila nak keluar tu terpaksa lah pakai mekap tebal-tebal sebab nak tutup parut jerawat. Tetapi, walau pakai mekap tebal macam mana pun, parut jerawat tetap tak boleh disorok. Oh man!! -_-
Kesan Penggunaan Ephyra Skin Bar
Sepanjang hampir 3 minggu menggunakan Ephyra Skin Bar secara konsisten, kulit muka aku mengalami perubahan yang positif. Pada minggu pertama menggunakan ESB ini, aku dapat lihat liang pori makin mengecil. Parut jerawat pula mula pudar semasa aku menggunakan ESB pada minggu kedua. Parut jerawat yang lama ini mungkin makan masa untuk hilang sepenuhnya manakala jerawat yang baru naik di wajah juga turut mengecut dengan cepat. Ternyata jerawat pada wajah aku ni tak kebal dengan ESB. Haha. Lagi satu, lepas korang cuci muka pakai ESB, kulit akan rasa tegang dan lembut.
Sebelum dan selepas 18 hari penggunaan Ephyra Skin Bar
Alhamdulillah, dengan izin Allah, secara keseluruhannya Ephyra Skin Bar sedikit sebanyak menyelesaikan masalah kulit wajah yang aku hadapi. Sememangnya aku amat gembira dengan perubahan ini. Lepas ni tak perlu lagi runsing nak pakai produk apa untuk menyelesaikan masalah kulit wajah. Ephyra Skin Bar kan ada!. ^_^
Antara testimoni pengguna Ephyra Skin Bar. Memang cantik dan gebu mereka semua kan lepas menggunakan produk ini.