Tips Kembali Percaya Pada Orang

Aku percaya setiap orang pernah rasa sakit hati. Sakit hati sebab ditipu, dikhianati atau dikecewakan. Kalau tak pernah rasa sakit hati, bukan hidup namanya. Kadang-kadang, bila dah ditipu atau dikhianati berkali-kali, at the end of the day anda akan rasa keinginan untuk percaya lagi pada sesiapa akan berkurangan seterusnya hilang. Bila jadi macam ni bahaya juga sebab tak mustahil untuk anda tidak membuka pintu hati untuk menjalinkan hubungan baru.
Tips Kembali Percaya Pada Orang
sumber
Ada beberapa cara aku nak kongsikan yang mungkin boleh membantu anda untuk mengembalikan kepercayaan pada orang lain dalam suatu hubungan.

Bagi Masa

Untuk membina semula rasa percaya tidak boleh dilakukan dalam sehari. Prosesnya memang memerlukan masa. Jadi izikanlah diri anda bersedih dahulu selepas disakiti. Menangislah seolah-olah ini kali terakhir anda dikecewakan oleh seseorang. Jangan lupa jadikan zikir dan solat sebagai kekuatan, Al-quran sebagai penenang. Selepas bersedih, inilah masanya anda harus bangkit kembali, dan akhirnya bersama dengan waktu dan kesabaran, kepercayaan itu akan dipulihkan. Yang pastinya anda akan mendapat pengajaran yang berharga mengenai sesuatu hubungan.
 

Berfikiran positif

Jangan pernah menganggap semua orang sama. Jangan pernah menganggap hubungan anda yang bakal dibina tu akan berakhir sama seperti sebelumnya. Berfikiran negatif dan kurang yakin seperti itu akan menyekat kebahagian anda. Orang kata yang terbaik selalunya datang lambat. Jadi bersabarlah dan sentiasa bersangka baik.

Panduan Memikat Lelaki

Percaya diri

Langkah yang paling penting untuk mempercayai seseorang lagi adalah bermula dengan diri anda sendiri. Anda harus percaya yang anda juga berhak dan boleh hidup bahagia. Anggap saja 'persinggahan' anda sebelum ini sebagai ujian sebelum anda menemui bahagia yang sebenar.

Nak sakit hati boleh tapi sebaiknya hilangkan sakit hati dan pulihkan kepercayaan dengan segera. Takut jika berlarutan akan memberi kesan buruk pada anda seterusnya akan merosakkan kebahagian hidup anda. Belajarlah untuk membuka hati dengan hubungan baru supaya kita tidak terlalu hanyut dalam kekecewaan. 

Mana tahu jika saat ini ada seseorang yang ingin menjalinkan hubungan dengan anda adalah orang yang baik-baik. Bukan ke itu mensia-siakan peluang jika anda masih belum membuka hati. Daripada terus-menerus rasa sakit hati alangkah bagusnya jika anda bina balik sebuah kepercayaan. 




2 تعليقات

إرسال تعليق
أحدث أقدم