Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2016 boleh dibuat secara online bermula 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015. Walau bagaimanapun kaedah borang BR1M secara manual masih boleh diguna tetapi anda digalakkan untuk berdaftar secara online. Lebih cepat dan selamat.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.
Kadar Bayaran BR1M 2016
Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih) : RM1050
- Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
- Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
- Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000 : RM1000
- Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
- Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
- Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016
Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000 : RM800
- Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
- Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
- Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016
Kategori BR1M Individu Bujang : RM400
- RM400 pada Januari 2016
Permohonan baru secara online boleh dilakukan melalui pautan ini - Permohonan baru BR1M 2016
Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2016 akan menyebabkan permohonan gagal diproses. Untuk kemaskini secara online, anda boleh lakukan melalui pautan ini - Kemaskini BR1M 2016
nice info sis :)
ردحذفthanksssssssss
ردحذفthanks sis...nak info lagi.... :D
ردحذفCepat-cepat update BR1M. :)
ردحذفDah check memang ada dan diluluskan. Sekarang tunggu masa 28 Januari 2016 bolwh dapat dan semak di akaun bank nanti.
ردحذفJom kunjungi entri saya:
Pengalaman Bersama ONEXOX