Cara Betul Memakai Tudung Awning Lembut - Tudung yang berawning sepatutnya lebih kemas apabila dipakai tetapi ada juga nampak seperti tidak kena di muka selepas memakai tudung jenis berawning. Ini mungkin disebabkan cara pemakaian tudung yang tidak betul. Jadi aku akan kongsikan cara yang betul bagaimana pemakaian tudung awning lembut.
Cara Memakai Tudung Awning Lembut Yang Betul
Untuk pengetahuan anda, tudung awning lembut sebenarnya dicipta bukanlah untuk menggantikan konsep tudung awning keras, tetapi awning lembut dihasilkan adalah inovasi dari tudung syiria. Cuma yang bezanya, sebelum ini kita perlu mengenakan anak tudung, sekarang tidak perlu lagi.
Awningnya telah dijahit terus dengan badan tudung agar lebih mudah dipakai dan selesa. Jadi konsep pemakaiannya haruslah ditarik ke belakang sedikit agar awningnya nampak bulat dan cantik. Jika tak buat macam tu, awningnya akan kelihatan tidak kemas dan kurang menarik.
Kalau rasa longgar, gunalah pin untuk membuatnya lebih kemas. Jika anda pernah memakai tudung Syiria, mesti akan tahu bagaimana perasaan apabila memakainya, mesti rasa selesa dan melekat. Selamat mencuba tips ini. =)
Tudung Sekolah Awning Lembut Untuk Kanak-kanak
Walaupun dah masuk sesi persekolahan, mungkin ada lagi ibu bapa terutamanya ibu yang masih lagi mencari tudung sekolah untuk anak-anak anda. Sebelum ni kalau pakai tudung sekolah yang biasa, anak-anak mungkin complaint tudung yang dipakai tu cepat senget sana-sini. Huhu. Jadi kena la cari tudung yang mudah dipakai.
Kalau anda masih mencari tudung sekolah dan ingin anak anda mencuba sendiri tudung sekolah awning lembut yang :
- Mudah dibasuh
- Material Lycra lembut
- Selesa dipakai
Anda boleh ke pautan berikut untuk pembelian tudung sekolah awning dengan pelbagai pilihan warna yang boleh didapati khas untuk si comel anda. - Tudung Sekolah Awning Lembut Istimewa atau Whatsapp terus ke nombor 013-7485863
comelnya
ردحذفAnak Mrs. A masa tahun 1 hingga 4 ok jer... bila debelikan tudung awning.
ردحذفBila dah besar sikit mulalah ada citarasa sendiri lebih selesa tudung takde awning katanya.
Alahai comel aje. Hehe
ردحذفooo...mmg sng ye..elok sgtlah utk budak2 nk g skolah camtu
ردحذفTak pandai pakai yang awning lembut ni. Tapi tengok budak-budak pakai nampak comel pula :)
ردحذفbetul2. kalau tak tarik ke belakang kain tak tegak
ردحذفcantik2 tudungnya
ردحذفmudah dan selesa dipakai untuk anak2 perempuan
ردحذفUntunglar bebudak skrg, bole pakai tudung cantik kemas gini g sekolah :)
ردحذفbaru tahu dari konsep tudung syiria
ردحذفTudung awning lembut ni memang suka pakai, senang pula nak dijaga
ردحذف