Renew Lesen Memandu Secara Online

Dulu selalu lupa nak renew lesen memandu. Sedar-sedar lesen dah mati bila kena tahan roadblock. Sekarang ini tarikh tamat tempoh lesen mengikut tarikh lahir, jadi tiada alasan lupa lagi untuk renew lesen memandu.

Renew lesen memandu online masih baru dilaksanakan kalau tak silap aku. Apabila dapat renew online memang sangat memudahkan bagi aku yang malas berurusan di kaunter kerajaan. Lebih-lebih lagi sekarang ni semua dihujung jari. Tak perlu nak beratur panjang di kaunter JPJ atau Pejabat Pos

Renew lesen memandu online boleh dilakukan melalui dua cara. Pertama, melalui portal MySikap, dan yang kedua melalui MyEg. Aku lebih prefer menggunakan MyEg kerana ia ada pilihan penghantaran sampai depan pintu 🤭 Kalau MySikap korang masih perlu membuat kutipan lesen di kaunter JPJ

Cara Renew Lesen Memandu Melalui MyEG

Cara nak renew lesen memandu melalui MyEg cukup mudah.

Boleh ikuti langkah dibawah :-

1. Log in ke myeg.com.my. Jika belum ada akaun boleh daftar dahulu.

2. Selepas itu korang akan dibawa terus ke HOME web tersebut. Kat situ ada beberapa badan lain. Korang pilih JABATAN PENGANGKUTAN JALAN

Renew Lesen Memandu Online

3. Di MENU JPJ ada beberapa pilihan servis. Korang pilih PERBAHARUI LESEN MEMANDU (CDL)
Renew Lesen Memandu Online
4. Klik sahaja PROCEED/TERUSKAN

Renew Lesen Memandu Online

5. Bahagian ini amat penting. Korang kena isi MAKLUMAT PENGGUNA dengan teliti supaya tidak berlaku kesalahan pada lesen memandu nanti. Lepas tu boleh PROCEED/TERUSKAN

Renew Lesen Memandu Online

6. Boleh check sekali lagi MAKLUMAT PENGGUNA. Kalau dah betul boleh PROCEED/TERUSKAN lagi

Renew Lesen Memandu Online

7. Macam ni la rupa kat lesen korang nanti. Kat sini boleh tick pengesahan tu dan klik PROCEED/TERUSKAN

Renew Lesen Memandu Online
8. Akhir sekali boleh buat pembayaran. Boleh bayar melalui credit card, online banking atau e-Cash (MyEg Prepaid Account)

Semak Status Penghantaran

Untuk status penghantaran lesen korang boleh check kat sini - https://www.myeg.com.my/check-delivery-status

Dah tahu status delivery tu korang kena alert la dengan phone kot-kot runner call. Waktu delivery nanti dia akan minta kad pengenalan korang untuk pengesahan. Itu je prosedurnya.

Renew Lesen Memandu Online

Kalau ikut schedule ni, penghantaran paling lama dalam masa 5 hari bekerja. Tapi yang aku punya dalam masa 3 minggu baru sampai 😂 Tapi ok la sampai terus depan rumah 🤭
 
Renew Lesen Memandu Online

Ni dia perbezaan renew lesen memandu antara JPJ, Pejabat Pos dan My EG. Sebenarnya tiada perbezaan pun 😂 Cuma berbeza gambar time aku buat di Pejabat Pos. Aku tak tau kenapa dia detect gambar kad pengenalan. Huhu.

Okey, moga membantu korang untuk renew lesen online melalui My Eg













1 تعليقات

إرسال تعليق
أحدث أقدم